December 31, 2010

Cara Membuat Pelbagai Jenis Hyperlink

Apa itu hyperlink? Hyperlink merupakan teks atau imej yang di'linkkan' kepada link yang diingini. Contohnya a GEEKZ life, merupakan hyperlink. Jika anda klik a GEEKZ life, ia akan membawa anda ke link yang baru iaitu http://geekz36.blogspot.com/. Bagi pengguna wordpress, mereka telah mempunyai plug-in untuk detect 'recent post' di bahagian komen mereka. Bagi pengguna blogspot, mereka juga boleh meninggalkan recent post mereka di bahagian komen dengan menggunakan hyperlink ini.

15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST

2dayblogger.com, korang pernah usha blog ni x? frankly speaking, blog ni merupakan antara blog terbaik yang pernah aku jumpa. bukan main angin, bukan sembang kosong, bukan trik untuk membuat aku terpilih untuk menang contest ni. ok, cut is short. kenapa aku cakap blog ni terbaik? interface menarik, penuh berinformasi, penerangan memang jelas, dan yang paling penting x lokek ilmu. kadang2 orang ni kalau dah pandai, dorang x suka cerita rahsia kejayaan dorang. takut anak murid lawan tok guru! memang tipikal, macam cikgu mengajar tapi bagi contoh dan penerangan x jelas. macam mana anak murid x lingkup. for me, we must give the fullest in what we do. blog ini memang x lokek ilmu, segala penerangan jelas. kalau nak retelling and review the tutorial pun boleh, since penerangan seriously sangat jelas. nak tengok aku retelling and review tutorial yang ada dalam blog ni x? next entry aku buat review mengenai hyperlink yang telah dibincangkan di dalam salah satu post di blog yang sempoi ini

December 29, 2010

Lawak Samy Velu!

edisi lawak pecah perut. jom layan!

December 28, 2010

Saya Blogger Johor!


selepas 18 2 hari tidak berblog, tangan terasa ringan dan terasa ingin menekan-nekan papan kekunci dengan speed yang amat laju. saudara azman roslan, pengasas facebook Blog Pilihan Malaysia(BPM) telah mengadakan satu alternatif untuk mengumpulkan sahabat blogger dari setiap negeri. memang respek kat saudara azman roslan, bukan mudah nak laksanakan ptogram ni. memang terbukti rajin, walhal baru je lepas menganjurkan BPM. tahniah kepada semua pemenang. yang lain boleh try lagi next time ok. malas nak celoteh panjang, korang mai usha apa yang best pasal aku dan pasal negeri aku. 

check it out!

December 27, 2010

Dahagakan Air Botol?

percaya x air botol boleh di refill dan dijual balik?
maybe korang pernah terminum? 
nak tau lebih lanjut? 
let's check it out!

December 24, 2010

AutoPing Entri di BlogLarian FB


  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian (done)
  2. 'Like' BlogLarian FB (done)
  3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda (done)
  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian (done)
  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin) (done)

December 21, 2010

Ini Bukan Photoshop!

gambar2 Li Wei kat bawah ni superb! dikatakan tidak menggunakan photoshop dan dilakukan sendiri dengan pertolongan barang2 seperti cermin dan juga aksi akrobatik. 

korang usha dulu, nanti komen apa pendapat korang!

December 20, 2010

Senat AS Lulus Gay Dalam Tentera!

komen: apa nak jadi dengan dunia sekarang! yang terang2 salah pun boleh jadi betul. yang betul pula nak di salahkan. inilah dunia akhir zaman.

 

Senat AS lulus gay dalam tentera

BEKAS komander tentera laut Amerika Syarikat (AS), Zoe Dunning (tengah) meraikan kemenangan kelmarin di San Francisco selepas Dewan Senat meluluskan untuk menggugurkan undang-undang menghalang gay daripada mendedahkan identiti semasa berkhidmat dalam tentera.



WASHINGTON - Dalam satu undian bersejarah untuk hak-hak gay, Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin bersetuju untuk menggugurkan undang-undang yang melarang golongan gay berkhidmat secara terbuka dalam tentera negara itu.

Seramai 65 senator di dewan tersebut bersetuju untuk menggugurkan undang-undang berusia 17 tahun itu berbanding 31 yang menentang.

"Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf bahawa pengorbanan, keberanian dan integriti tidak lagi ditakrifkan menerusi orientasi seks," kata Obama yang berikrar untuk menggugurkan undang-undang tersebut pada 2008.

Sebelum ini golongan gay terpaksa menyembunyikan identiti mereka dengan tidak boleh memberitahu rakan-rakan bahawa mereka adalah gay jika tidak mahu dipecat. - AFP

December 19, 2010

Penantian 14 Tahun Berakhir!

catatan : tahniah kepada skuad negara kerana berjaya mengekang kebangkitan Vietnam dalam perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0 dengan agregat 2-0. walaupun berjuang di tempat lawan, ternyata mental dan fizikal pasukan negara kental menerusi permainan yang dipamerkan. diharapkan malaysia dapat menjuarai Piala Suzuki AFF yang julung kali diadakan. sebelum ini Piala Suzuki AFF dikanali sebagai Piala Tiger. majulah sukan untuk negara! 



JURULATIH negara, K. Rajagobal dijulang oleh pemainnya selepas Malaysia mengesahkan tiket ke akhir dengan mengikat Vietnam 0-0 di Hanoi, semalam. Malaysia layak menerusi agregat 2-0.

Asap Rokok Sekadar Untuk Disedut ?

damn, lama x jenguk my lovely blog ni. lately desktop ni meragam, minta di format agaknya. sebagai memenuhi hajat yang telah lama terbuku di lubuk hati my lovely desktop ini, aku telah mengambil keputusan untuk memformatnya. berat hati nak format, dah banyak jasa ditaburkan oleh dektop ini pada aku. "engkau memaksa, aku terpaksa", akhirnya aku berjaya memformat desktop ini dengan jayanya setelah +/- 5 kali percubaan. nampak sangat aku newbie. ini adalah post pertama aku setelah desktop ini virgin semula.

mohon ribuan kemaafan atas segala carutan aku di atas.  sekadar meluahkan perasaan. carutan sebenarnya adalah di bawah. abaikan carutan di atas!

entry kali ini aku nak share sikit mengenai pasal rokok. anda percaya tak exactly rokok ni macam pokok kelapa, banyak kegunaannya?

December 17, 2010

Pilihan Raya Umum Sudah Bermula!

INI ADALAH STICKY POST
SEHINGGA 
17 Disember ( Jumaat )



http://geekz36.blogspot.com

Blog Baru (2010) 

Pilihan -10

NO 383



  383, KUMPULAN 10.


Masa untuk mengundi
mungkin dibuka pada minggu depan.
bermula

Jam 7 Pagi 13 Disember ( Isnin )
hingga
Jam 7 Pagi 17 Disember (Jumaat )


383, KUMPULAN 10.
 
UNDILAH BLOG NEWBIE INI JIKA ANDA RASA IA LAYAK UNTUK KE PERINGKAT SETERUSNYA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SOKONGAN YANG DIBERIKAN KEPADA BLOG NEWBIE INI !
 
   
383, KUMPULAN 10.
 
KLIK PADA GAMBAR ATAU LINK INI UNTUK MENGUNDI

Blog Baru (2010) 

Pilihan -10

NO 383

  
383, KUMPULAN 10.
p/s: baru belajar photoshop semata-mata untuk buat gambar dan header di atas. adakah aku terlalu desperate?
p/s: usaha dahulu sebelum tawakal. semuanya di bawah ketentuan-Nya.

December 15, 2010

Invalid Serial Number di Adobe Photoshop CS5 ?

muahaha, mesti ramai pengguna adobe photoshop (PS) di luar sana kan. aku pun pengguna PS, tapi really newbaby and newbie. belajar pun guna internet, semata-mata untuk buat header dan edit gambar2 dalam blog ni. kalau ada sifu expert mesti aku dah expert sekarang ni. xpe, nanti bila dah expert insyaallah aku akan buat tutorial segmen tutorial dan trick Adobe Photoshop kat sini.

aku pengguna adobe photoshop cs5 pirate version. depa sekarang ni dah bijak, depa boleh automatic update adobe photoshop kita untuk check serial yang kita gunakan walaupun kita sudah untick "automatic update". serial yang aku gunakan sudah di detect sebagai "invalid". solusi di bawah aku dah gunakan dan terbukti berkesan untuk mengatasi masalah aku. benda baik ni kena share2. baru berkembang seperti kiambang di tasik madu, btol x ?



INVALID SERIAL NUMBER (32-bit) PROBLEM

P/S: Crack ini hanya untuk 32-Bit Windows
 
Cara mengatasi: browse Adobe Photoshop installation directory korang (kemungkinan besar kat) " C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS5 " dan gantikan amtlib.dll dengan yang baru yang disediakan di dalam crack kat bawah ni

Download Crack (32-bit)

 
 
INVALID SERIAL NUMBER (64-bit) PROBLEM
 P/S: Crack ini hanya untuk 64-Bit Windows
 
Cara mengatasi: Untuk 64 bit versions of Windows  (Win 7 x64), dua copies amtlib.dll mesti digantikan. (backup original amtlib.dll korang)
Pertama, korang kena copy 32-bit crack (download link ada kat atas) amtlib.dll ke dalam "X:\Program Files (x86)\Adobe\Adobe Photoshop CS5\" dan overwrite file yang telah sedia ada kat situ. 
(P/S: Pastikan korang gantikan x86 amtlib.dll dengan 32-bit crack, BUKAN 64-bit crack).
(P/S/S: pastikan korang Copy and Replace file tersebut).

Lastly, korang copy 64-bit crack (download link ada kat bawah) amtlib.dll ke dalam "X:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS5 (64 Bit)\" 
(P/S: Pastikan korang gantikan x64 amtlib.dll dengan 64-bit crack, BUKAN 32-bit crack).
(P/S/S: pastikan korang Copy and Replace file tersebut).
Download Crack (64-bit) 

5

p/s: gunakanlah software yang original, hapuskan cetak rompak. hehehe. 

p/s/s: kalau masih x faham, jangan segan-segan untuk drop masalah korang kat sini. =)

December 13, 2010

Perkahwinan itu Indah? Versi 2







MASA MUDA-MUDA



Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara: MAhukah kau menciumku?

Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....
Sila baca dari bawah keatas


December 12, 2010

Perkahwinan itu Indah? Versi 1

bila terdengar makian bebelan, ini merupakan langkah selamat !


hurm, ada orang skodeng la !

Awal Perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"

Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"

Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan

Isteri : "Jom kita pergi shopping"

December 11, 2010

383 & Blog Baru Pilihan Malaysia?

383!

blog baru pilihan Malaysia?

apa kaitan 383 dengan blog baru pilihan Malaysia?

apa itu blog baru pilihan Malaysia?

 exactly aku nak cerita pasal blog baru pilihan Malaysia.

blog newbie ni sudah berjaya tersenarai.

tempat ke 383 daripada 384.

berada di dalam kumpulan ke 10 daripada 10.

terbukti betul2 newbie, 2nd last place.

bak kata Green Days, NICE GUYS FINISH LAST!
KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI 383

December 10, 2010

Pontianak Malam Jumaat Kliwon!


Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Mengisi Masa Lapang dengan Bunuh Diri ?

yeay, baru release tension dari masalah yg menyebabkan blog ini bersawang dan berserabut. masalah tersebut akan di diceritakan dalam entry yg akan datang. seriously sangat bersyukur dapat mengatasi masalah tersebut dengan tenang dan rasional.

ok, cut it short! 

utk entry kali ini, aku nak share cara mengisi masa lapang dengan pengisian yg amat bermanfaat dan berkualiti. apa yang paling GILA dan RARE pernah korang selalu buat time bosan? mengira bulu kambing? menyanyi? memasak? karok? tidoq? berdengkoq? picit jerawat? 

December 9, 2010

bila mata berkata " GUA PEDULI APA !!! "

ini gambar mata tapi bukan GUA punya !


aiya, ini malam wa punya mata manyak susah mau lentok.

wa pusing kira, wa pusing kanan, itu mata tetap terkebil-kebil seperti "bang bil" baru bangun dari tido.


ini malam wa x ada minum itu tongkat ali nescafe kegemaran wa, tapi apa pasat wa punya mata ini macam.


sehubungan dengan itu wa mengambil keputusan drumstik drastik untuk

December 8, 2010

Blog Pilihan Malaysia (BPM) - Blog Baru 2010 (pilihan)

Bismillah & Assalamualaikum.




- klik di sini utk laman rasmi -

- Blog Baru (2010) Pilihan -





hahaha, sorry post kali ni mmg amat2 simple.
tinggal lbh kurang 15 minit lg before tarikh tutup. dah
banyak jumpa post mengenai
Blog Pilihan Malaysia (BPM) - Blog Baru 2010 (pilihan)
tapi banyak kekangan yang muncul, ni pun curi2 masa nak buat post.
blog ni baru lagi, entry 1st bertarikh 7/7/2010.
byk lg penambahbaikan yg perlu dilakukan utk blog ni, since i'm just newbaby newbie.

December 6, 2010

korang CONFIRM x cukup MALAS lg !!!

tadi browsing then terjumpa gambar-gambar yang menarik ni. hurm, aku ingat aku dah cukup malas. rupanya ada lg orang yang terlebih-lebih malas. malas nak cerita panjang, korang tgk sendiri dan ukur tahap kemalasan korang. adakah masih di tahap normal atau sudah boleh dikategorikan sebagai kemalasan tahap dewa.

check it out !!!

TANGGA KAT SEBELAH TU KOSONG KOT !

Linkin Park Discography



siapa x kenal band ni sila angkat tgn. haha, band yg pnh nostalgia. aku layan band ni dari zaman sekolah sampai la skrg. di kesempatan ini aku nak kongsi album2 dorg, dari album first hingga latest. dari yang official sampi yang underground version. 
kalau korang nak, link ada kat bwh. 
jom sedut selagi link x mati !!!

BlogLarian

bosan blogwalking dengan cara tradisional? anda boleh mengubahnya! dengan menyertai segmen ini, anda akan dapat banyak kelebihan apabila blog anda di tag dan senarai blog2 yg menyertainya dipamerkan secara sistematik. anda dapat blogwalking dengan lebih sistematik dan hasilnya adalah berbaloi-baloi.
maklumat lanjut di bawah !!!


December 5, 2010

cara save FLASH FILES dari WEBSITE/ BLOG menggunakan MOZILLA FIREFOX

 

kadang2 korang browsing and jumpa flash file yang menarik dan cuba nak save. korang klik kanan, tetapi tiada options untuk 'save as'. then korang hampa dan kecewa kerana x dapat download dan save file tersebut. post kali ini adalah mengenai tutorial bagaimana untuk SAVE FLASH FILES dari WEBSITE/ BLOG. caranya cukup mudah. ikuti langkah2 di bawah.

December 4, 2010

memang dasar ROBOT !!!





Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.

November 25, 2010

cara TERMUDAH untuk boot Windows 7 dari USB/ DVD

Image
Windows 7 USB/DVD Download Tool 1.0.24.0


file ISO Windows 7 mengandungi semua installation files Windows 7 yang telah digabungkan ke dalam satu file. setelah mendownload ISO Windows 7, and perlu copy file tersebut ke dalam medium(USB flash drive, DVD) yang membolehkannya di install ke dalam laptop or desktop.  software ini membenarkan anda copy file ISO Windows 7 ke dalam USB flash drive atau DVD. untuk install Windows 7 dari USB flash drive atau DVD, apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan USB flash drive ke dalam USB port atau memasukkan DVD ke dalam DVD drive dan run software ini.

p/s : install sofware. 
then follow 3 super easy steps kat bawah untuk langkah selanjutnya.

Tetak bapa kekasih

AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.


Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu,

November 24, 2010

Lu Langsi, Lu Mati !!!

jenjalan tadi, then nampak trailer filem ni kat youtube. trailer untuk filem Kongsi. kongsi ni membawa maksud yang mendalam, sebab tu ade kongsi gelap. trailer boleh tahan, aku anggap genre cerita ni komedi serius. aku berani bet cite ni memang best. even br tgk trailer, aku berani bet cerita ni best. ramai orang cakap trailer cerita apa2 semua pn best, trailer itu pemikat penonton. sbb trailer die la aku cakap filem ni cnfirm best. korang tgk la sendiri trailer ni. siap gne kereta proton inspira lagi, then ada adegan cam dlm need for speed most wanted.  filem malaysia first guna proton inspira tu, haha...

LU LANGSI LU MATI !

jom terjah tgk trailer yg cambest ! 

tq miss wany for the questionnaire

tq to miss wany for tagging me in her post. 
sorry lambat reply, kekeke


bersihkan sawang kat blog. 
internet slow, kemalasan untuk blogging dirasakan. 
btw, tq to cik wany
first questionnaire i ever answered in my blog.
try to answer it frankly, hehe.




November 21, 2010

SUPER DAMN FUNNY Muthu !

gambar sekadar hiasan. ini kisah UNCLE MUTHU (bukan nama sebenar). chill !


*MUTHU AND THE INTERVIEWER *
Interviewer : 'What is your birth date?'

Muthu : '13th October'.

Interviewer : 'Which year?'

Muthu : 'Every year'.



* MUTHU AND HIS MANAGER *

The Manager asked Muthu at an interview....

'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'

Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O-X.'

New Instructions for ATM Usage – Men vs Women



A new sign in the Bank Lobby reads:
'Please note that this Bank is installing new Drive-through ATM machines enabling customers to withdraw cash without leaving their vehicles.

Customers using this new facility are requested to use the procedures outlined below when accessing their accounts.

After months of careful research, "MALE & FEMALE" procedures have been developed. Please follow the appropriate steps for your gender.'

*******************************
MALE PROCEDURE:
1. Drive up to the cash machine.
2. Put down your car window.
3. Insert card into machine and enter PIN.
4. Enter amount of cash required and withdraw.
5. Retrieve card, cash and receipt.
6. Put window up.
7. Drive off.

*******************************

FEMALE PROCEDURE:
(What is really funny is that most of this part is the truth!!!!)

November 15, 2010

Merdeka

hari MERDEKA  aku !!!
yeay, at last habis jugak last paper td. hurm, kali ni aku nak cerita sket pasal paper td. soalan ok la, xde susah sgt xde senang sgt. jawapan pun agak ok, tp betol salah xtau . ni aku nak story sket pasal insiden time exam td.

Perkataan yang cukup COOL !!!

ada apa dengan perkataan? satu perkataan ada banyak maksud, terpulang kepada si pengucap, si pentafsir, keadaan, emosi, dan macam2 lg. kali ni aku nak post pasal beberapa perkataan dan maksud di sebalik perkataan tersebut. 
enjoy.


General Terms with Cool Definitions
Cigarette:

A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end & a fool at the other.

***********

General Terms with Cool Definitions

Marriage:

It's an agreement in which a man loses his bachelor degree and a woman gains her master

***********

November 14, 2010

Internet Download Manager (IDM) 6.0 beta


hurm, x payah cerita panjang lebar kot apa itu Internet Download Manager (IDM). nak download laju, nak download video pon senang. senang cakap software yang wajib ada untuk semua pengguna internet.

November 12, 2010

Cara Embed Video Dari Facebook ke Dalam Website/ Blog

hari ni aku nak kongsi satu tutorial. maybe ramai dah tahu, dan x kurang ramai juga yang x tahu lagi. tutorial ini berkisarkan cara untuk embed video dari youtube facebook ke dalam website atau blog korang. really simple tutorial, enjoy.

setiap video kat facebook ada unique id dorang. unique id ni memang unik, macam kad pengenalan. setiap unique id ni x sama. so camne nak cari unique id ?

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. 

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.


renungan buat kita bersama. setiap yang hidup akan mati. dan mati itu datang secara tiba-tiba. sentiasa bermuhasah dan persiapkan diri kerana masa kita akan kembali kepada-Nya tiada siapa yang tahu.

sumber: MStar online

Rebranding

next paper 15hb, so tgn menjadi gatal untuk menekan di sana dan sini. 'template for blogger' ditekan dan uncle google tanpa ragu2 memberikan saranan yang bernas mengenai template2 yang menarik. agak bosan dengan template lama, cantik tetapi menyusahkan. so ini merupakan template yang terbaru. diharap dapat memberikan prestasi yang lebih memberangsangkan berbanding template lama. selamat datang diucapkan kepada template baru, selamat maju jaya dan majulah sukan untuk negara.

template lama
so, camne dgn template baru ni? apa pendapat anda? jom komen sket, hehehe...

November 7, 2010

FUNNY EXAM !

melentur bulur biar dari rebungnya


memandangkan aku dah 
ting tong, 
exam lg 2 hari kepala still kosong,
so ni last post aku before exam,
after exam aku sambung balik.
kepada yang masih serabut study,
relax2 la,
why so serious ???
jom gelak2 sket.

piece!


November 5, 2010

MAGIC MAKE UP


rahsia awek movie korea/ jepun semua stock darah keluar ikut hidung. 
bandingkan gambar pertama dengan gambar terakhir, dan tinggalkan komen anda. 

malas nak cite panjang, jom usha!

E-CIGARETTE SELAMAT ?



main cak2 ngan uncle gugel td, then terjumpa artikel pasal e-cigarette ni. sebelum ada gak baca pasal e-cigarette ni, depa kata e-cigarette tu xde apa2 cuma nikotina semata-mata. standard la bagi penjual, mana nak bagitau keburukan produk depa kan. kesian kat orang yang dok beli, kebanyakan yang guna e-cigarette ni merupakan perokok yang sedang berusaha untuk pengambilan rokok dan juga mereka yang ingin berhenti merokok (aku rasa la). jom tengok apa penjual kata dan kajian kata,


penjual kata
  • produk ni memang sesuai sangat untuk abang yang nak berhenti merokok. nikotin semata-mata, xde racun lipas, xde ubat gegat, xde tar dan lain2 macam rokok biasa. xde risiko kanser, barah dan lain2.

 kajian kata
  • e-cigarettes telah diuji dan terbukti mengandungi bahan karsinogen(boleh sebabkan barah) dan bahan2 toksik. 
  • antara bahan-bahannya adalah(cam memasak plak) diethylene glycol, tobacco-specific nitrosamines, tobacco-specific seperti anabasine, myosmine, and B-nicotyrine . (ditemui dalam kebanyakan sampel yang diuji)

sebagai pengajaran, selidik dulu. nampak duit semua gila. even along pun cakap banyak manis masa nak bagi pinjam duit. dunia oh dunia.


NILAI NYAWA PADA MEREKA ?












BLOG ANDA OBES ?


ingat orang je boleh obes? oh tidak, diulang obes bukan ohbest ok. blog pun boleh obes tau. berat blog ideal adalah kurang dari 100KB, kalau lebih tu ehem2. paham2 sendiri la ye. exactly page loading ni berkait rapat dengan speed internet. so bg pengguna line 2mbps mungkin kurang merasai kesannya berbanding pengguna line 512kbps.

ps: check berat blog je tau, jgn check berat badan plak. =P
      jawapan die magic sket, korang kene select text br nampak. 


Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)




Powered by geekz36
(poyo gle, hahaha)

ADA APA DENGAN E-CIGARETTE ?


cigarette dalam bahasa melayu dikenali sebagai rokok. exactly aku smoker, tp second class smoker la. sekadar menghirup sisa-sisa asap yang dihasilkan oleh first hand smoker. utk pengetahuan, kajian menunjukkan 2nd class smoker mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding 1st class smoker. so better jd 1st class smoker la klu camtu kan(demm) jom terjah apa exactly E-CIGARETTE ni.

APA ITU E-CIGARETTE?
  • merupakan alternatif kepada perokok.
  • mengeluarkan asap(exactly wap air) seperti rokok biasa namun tidak mengandungi kandungan merbahaya seperti rokok konvensional seperti GUDANG GARAM, DUNHILL, etc.
  • tidak memerlukan tembakau atau cucuhan api(pakai bateri li-ion tu)
  • tidak mengandungi 400 racun merbahaya dan abu 
  • tidak membahayakan perokok sekunder
  • tiada bau yang tidak menyenangkan(exactly busuk gak tp sket la)


APA BEZA CIGARETTE KONVENSIONAL DENGAN E-CIGARETTE? 

ps: dr pemerhartian sendiri dan maklumat dari uncle gugel
  • Pasang, hisap dan SIMPAN (selagi ada bateri la)
  • Tidak perlukan pemetik api (kene charge cam hp)
  • Tiada bara api (just ade LED kat dpn, nak pegang pn boleh)
  • Risiko punca kebakaran adalah kecil (litar pintas mungkin terjadi) 
  • Tiada 4000 bahan kimia (nikotina semata-mata) 
  • Jimat duit (rokok mana ada turun harga) 
  • Berbau wangi (demm tipu, busuk gak)
  • TIDAK membahayakan perokok sekunder (yg keluar just wap air). 
  • Pernafasan segar (hisap rokok mulut busuk)
  • Tidur lena (cam xde kaitan je)



November 4, 2010

CAMNE NAK ADD PREMIUM AKAUN KAT IDM ?

contoh premium akaun.

simple tutorial utk post hari ini. software IDM (INTERNET DOWNLOAD MANAGER) (usha sini pasal idm) merupakan salah satu software wajib bagi pengguna internet. sebab apa wajib ada ? hurm, software ni dapat melajukan speed download sehingga 300% kali lebih laju berbanding biasa. so tutorial hari ni nk tunjukkan camne nak integrate premium akaun yang korang beli kedalam IDM. dalam erti kata lain camne nak register premium akaun yang telah dibeli ke dalam IDM. (usha sini, premium akaun 6 months for less than rm20)



step yang sangat mudah.
  1. buka IDM 
  2. Downloads
  3. Options
  4. Sites login
  5. New
  6. then korang refer pd gambar kat bwh ni
  7. KLIK UNTUK BESARKAN
  8. trick die camni, kat server/path just letak button asterisk (*) kat depan diikuti filehosting korang.com
  9. contoh: *rapidshare.com / *hotfile.com/ *megaupload.com/ *filemonster.com
  10. then masukkan data premium akaun korang
  11. tada, premium akaun anda sudah diintegrate ke dalam IDM.
  12. got problems ? do leave your comment ok. enjoy.





November 3, 2010

ADA APA DENGAN 30 36 77 ? LANGSI ?





Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.


Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.


Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.




TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.



Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).


Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?



Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.




TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.


Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.


Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.


Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.




Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:


1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?




TUJUH PULUH TUJUH (77) MENARIK PENYOKONG



Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:


7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.



7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.



Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:


1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?


Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.


Wallahualam.

sumber : ketik sini