December 19, 2010

Asap Rokok Sekadar Untuk Disedut ?

damn, lama x jenguk my lovely blog ni. lately desktop ni meragam, minta di format agaknya. sebagai memenuhi hajat yang telah lama terbuku di lubuk hati my lovely desktop ini, aku telah mengambil keputusan untuk memformatnya. berat hati nak format, dah banyak jasa ditaburkan oleh dektop ini pada aku. "engkau memaksa, aku terpaksa", akhirnya aku berjaya memformat desktop ini dengan jayanya setelah +/- 5 kali percubaan. nampak sangat aku newbie. ini adalah post pertama aku setelah desktop ini virgin semula.

mohon ribuan kemaafan atas segala carutan aku di atas.  sekadar meluahkan perasaan. carutan sebenarnya adalah di bawah. abaikan carutan di atas!

entry kali ini aku nak share sikit mengenai pasal rokok. anda percaya tak exactly rokok ni macam pokok kelapa, banyak kegunaannya? tak percaya? try usha analogi di bawah!

beberapa analogi mudah untuk anda.
anda makan nasi SEBAB nasi mengenyangkan.
anda makan ubat SEBAB ubat dapat menyembuhkan
anda hisap rokok SEBAB rokok .......

semestinya anda menghisap rokok kerana rokok juga sama seperti nasi dan ubat, mempunyai kegunaan dan manfaat yang tersendiri untuk anda! 

pernah melihat individu memakan batu dan kayu? anda tidak pernah melihat orang memakan batu dan kayu kerana batu dan kayu TIDAK mempunyai kegunaan dan khasiat untuk dimakan. terbukti bahawa rokok amat2 berguna dan bermanfaat untuk anda!

berbalik kepada mesej yang cuba disampaikan, rokok adalah serba serbi berguna baik dari kotaknya, batangnya hingga ke asapnya. asap ? asap pun ada kegunaan ke ? tak percaya ? try usha gambar di bawah dan mesej yang cuba disampaikan oleh asap tersebut!

menjadikan baby anda super duper cute dan lain daripada yang lain. terbaik dari ladang!

menjadikan anda seorang awek yang superbly hot walaupun bergigi kuning. manisnya senyumanmu!

menjadikan ramai jejaka dan teruna tampan berebut dan bersaing untuk memiliki anda seterusnya menge'pow' rokok anda!

terbukti bahawa rokok amat penting untuk kehidupan yang aman sentosa berdasarkan peningkatan jumlah perokok setiap minit dan saat. anda tentu mahukan hidup yang aman sentosa bukan?

ciri-ciri terpenting wanita/ lelaki idaman kebanyakan lelaki/ wanita adalah "SEORANG PEROKOK". tak percaya? cuba tanya jiran sebelah rumah mak cik kepada pak cik anda!

ada kajian mendapati sebatang rokok memanjangkan nyawa anda sebanyak 3 minit. ingin hidup lama? cubalah!

tahukan anda bahawa rokok diilhamkan daripada naga yang menyemburkan apinya? ini adalah kejutan terbaru daripada WikiLeaks.


p/s: sekadar menyampaikan mesej kepada semua. merokok bukan hanya membahayakan diri perokok, malah memudaratkan orang yang amat disayangi oleh perokok. anda bagaimana? apa pilihan anda?



2 comments:

  1. kt tmpat keje aku sume yg dtg sakit jntung history perokok tegar beb..tak sgup nk tgk..muka mintak nyawa..takuttt..thanks mnjwb soklan gue..hehehe..

    ReplyDelete
  2. @shelliey
    harap2 dorg dapat iktibar. u're most welcome dear, :P

    ReplyDelete