November 25, 2010

cara TERMUDAH untuk boot Windows 7 dari USB/ DVD

Image
Windows 7 USB/DVD Download Tool 1.0.24.0


file ISO Windows 7 mengandungi semua installation files Windows 7 yang telah digabungkan ke dalam satu file. setelah mendownload ISO Windows 7, and perlu copy file tersebut ke dalam medium(USB flash drive, DVD) yang membolehkannya di install ke dalam laptop or desktop.  software ini membenarkan anda copy file ISO Windows 7 ke dalam USB flash drive atau DVD. untuk install Windows 7 dari USB flash drive atau DVD, apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan USB flash drive ke dalam USB port atau memasukkan DVD ke dalam DVD drive dan run software ini.

p/s : install sofware. 
then follow 3 super easy steps kat bawah untuk langkah selanjutnya.

Tetak bapa kekasih

AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.


Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu,

November 24, 2010

Lu Langsi, Lu Mati !!!

jenjalan tadi, then nampak trailer filem ni kat youtube. trailer untuk filem Kongsi. kongsi ni membawa maksud yang mendalam, sebab tu ade kongsi gelap. trailer boleh tahan, aku anggap genre cerita ni komedi serius. aku berani bet cite ni memang best. even br tgk trailer, aku berani bet cerita ni best. ramai orang cakap trailer cerita apa2 semua pn best, trailer itu pemikat penonton. sbb trailer die la aku cakap filem ni cnfirm best. korang tgk la sendiri trailer ni. siap gne kereta proton inspira lagi, then ada adegan cam dlm need for speed most wanted.  filem malaysia first guna proton inspira tu, haha...

LU LANGSI LU MATI !

jom terjah tgk trailer yg cambest ! 

tq miss wany for the questionnaire

tq to miss wany for tagging me in her post. 
sorry lambat reply, kekeke


bersihkan sawang kat blog. 
internet slow, kemalasan untuk blogging dirasakan. 
btw, tq to cik wany
first questionnaire i ever answered in my blog.
try to answer it frankly, hehe.




November 21, 2010

SUPER DAMN FUNNY Muthu !

gambar sekadar hiasan. ini kisah UNCLE MUTHU (bukan nama sebenar). chill !


*MUTHU AND THE INTERVIEWER *
Interviewer : 'What is your birth date?'

Muthu : '13th October'.

Interviewer : 'Which year?'

Muthu : 'Every year'.



* MUTHU AND HIS MANAGER *

The Manager asked Muthu at an interview....

'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'

Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O-X.'

New Instructions for ATM Usage – Men vs Women



A new sign in the Bank Lobby reads:
'Please note that this Bank is installing new Drive-through ATM machines enabling customers to withdraw cash without leaving their vehicles.

Customers using this new facility are requested to use the procedures outlined below when accessing their accounts.

After months of careful research, "MALE & FEMALE" procedures have been developed. Please follow the appropriate steps for your gender.'

*******************************
MALE PROCEDURE:
1. Drive up to the cash machine.
2. Put down your car window.
3. Insert card into machine and enter PIN.
4. Enter amount of cash required and withdraw.
5. Retrieve card, cash and receipt.
6. Put window up.
7. Drive off.

*******************************

FEMALE PROCEDURE:
(What is really funny is that most of this part is the truth!!!!)

November 15, 2010

Merdeka

hari MERDEKA  aku !!!
yeay, at last habis jugak last paper td. hurm, kali ni aku nak cerita sket pasal paper td. soalan ok la, xde susah sgt xde senang sgt. jawapan pun agak ok, tp betol salah xtau . ni aku nak story sket pasal insiden time exam td.

Perkataan yang cukup COOL !!!

ada apa dengan perkataan? satu perkataan ada banyak maksud, terpulang kepada si pengucap, si pentafsir, keadaan, emosi, dan macam2 lg. kali ni aku nak post pasal beberapa perkataan dan maksud di sebalik perkataan tersebut. 
enjoy.


General Terms with Cool Definitions
Cigarette:

A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end & a fool at the other.

***********

General Terms with Cool Definitions

Marriage:

It's an agreement in which a man loses his bachelor degree and a woman gains her master

***********

November 14, 2010

Internet Download Manager (IDM) 6.0 beta


hurm, x payah cerita panjang lebar kot apa itu Internet Download Manager (IDM). nak download laju, nak download video pon senang. senang cakap software yang wajib ada untuk semua pengguna internet.

November 12, 2010

Cara Embed Video Dari Facebook ke Dalam Website/ Blog

hari ni aku nak kongsi satu tutorial. maybe ramai dah tahu, dan x kurang ramai juga yang x tahu lagi. tutorial ini berkisarkan cara untuk embed video dari youtube facebook ke dalam website atau blog korang. really simple tutorial, enjoy.

setiap video kat facebook ada unique id dorang. unique id ni memang unik, macam kad pengenalan. setiap unique id ni x sama. so camne nak cari unique id ?

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. 

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.


renungan buat kita bersama. setiap yang hidup akan mati. dan mati itu datang secara tiba-tiba. sentiasa bermuhasah dan persiapkan diri kerana masa kita akan kembali kepada-Nya tiada siapa yang tahu.

sumber: MStar online

Rebranding

next paper 15hb, so tgn menjadi gatal untuk menekan di sana dan sini. 'template for blogger' ditekan dan uncle google tanpa ragu2 memberikan saranan yang bernas mengenai template2 yang menarik. agak bosan dengan template lama, cantik tetapi menyusahkan. so ini merupakan template yang terbaru. diharap dapat memberikan prestasi yang lebih memberangsangkan berbanding template lama. selamat datang diucapkan kepada template baru, selamat maju jaya dan majulah sukan untuk negara.

template lama
so, camne dgn template baru ni? apa pendapat anda? jom komen sket, hehehe...

November 7, 2010

FUNNY EXAM !

melentur bulur biar dari rebungnya


memandangkan aku dah 
ting tong, 
exam lg 2 hari kepala still kosong,
so ni last post aku before exam,
after exam aku sambung balik.
kepada yang masih serabut study,
relax2 la,
why so serious ???
jom gelak2 sket.

piece!


November 5, 2010

MAGIC MAKE UP


rahsia awek movie korea/ jepun semua stock darah keluar ikut hidung. 
bandingkan gambar pertama dengan gambar terakhir, dan tinggalkan komen anda. 

malas nak cite panjang, jom usha!

E-CIGARETTE SELAMAT ?



main cak2 ngan uncle gugel td, then terjumpa artikel pasal e-cigarette ni. sebelum ada gak baca pasal e-cigarette ni, depa kata e-cigarette tu xde apa2 cuma nikotina semata-mata. standard la bagi penjual, mana nak bagitau keburukan produk depa kan. kesian kat orang yang dok beli, kebanyakan yang guna e-cigarette ni merupakan perokok yang sedang berusaha untuk pengambilan rokok dan juga mereka yang ingin berhenti merokok (aku rasa la). jom tengok apa penjual kata dan kajian kata,


penjual kata
  • produk ni memang sesuai sangat untuk abang yang nak berhenti merokok. nikotin semata-mata, xde racun lipas, xde ubat gegat, xde tar dan lain2 macam rokok biasa. xde risiko kanser, barah dan lain2.

 kajian kata
  • e-cigarettes telah diuji dan terbukti mengandungi bahan karsinogen(boleh sebabkan barah) dan bahan2 toksik. 
  • antara bahan-bahannya adalah(cam memasak plak) diethylene glycol, tobacco-specific nitrosamines, tobacco-specific seperti anabasine, myosmine, and B-nicotyrine . (ditemui dalam kebanyakan sampel yang diuji)

sebagai pengajaran, selidik dulu. nampak duit semua gila. even along pun cakap banyak manis masa nak bagi pinjam duit. dunia oh dunia.


NILAI NYAWA PADA MEREKA ?












BLOG ANDA OBES ?


ingat orang je boleh obes? oh tidak, diulang obes bukan ohbest ok. blog pun boleh obes tau. berat blog ideal adalah kurang dari 100KB, kalau lebih tu ehem2. paham2 sendiri la ye. exactly page loading ni berkait rapat dengan speed internet. so bg pengguna line 2mbps mungkin kurang merasai kesannya berbanding pengguna line 512kbps.

ps: check berat blog je tau, jgn check berat badan plak. =P
      jawapan die magic sket, korang kene select text br nampak. 


Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)




Powered by geekz36
(poyo gle, hahaha)

ADA APA DENGAN E-CIGARETTE ?


cigarette dalam bahasa melayu dikenali sebagai rokok. exactly aku smoker, tp second class smoker la. sekadar menghirup sisa-sisa asap yang dihasilkan oleh first hand smoker. utk pengetahuan, kajian menunjukkan 2nd class smoker mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding 1st class smoker. so better jd 1st class smoker la klu camtu kan(demm) jom terjah apa exactly E-CIGARETTE ni.

APA ITU E-CIGARETTE?
  • merupakan alternatif kepada perokok.
  • mengeluarkan asap(exactly wap air) seperti rokok biasa namun tidak mengandungi kandungan merbahaya seperti rokok konvensional seperti GUDANG GARAM, DUNHILL, etc.
  • tidak memerlukan tembakau atau cucuhan api(pakai bateri li-ion tu)
  • tidak mengandungi 400 racun merbahaya dan abu 
  • tidak membahayakan perokok sekunder
  • tiada bau yang tidak menyenangkan(exactly busuk gak tp sket la)


APA BEZA CIGARETTE KONVENSIONAL DENGAN E-CIGARETTE? 

ps: dr pemerhartian sendiri dan maklumat dari uncle gugel
  • Pasang, hisap dan SIMPAN (selagi ada bateri la)
  • Tidak perlukan pemetik api (kene charge cam hp)
  • Tiada bara api (just ade LED kat dpn, nak pegang pn boleh)
  • Risiko punca kebakaran adalah kecil (litar pintas mungkin terjadi) 
  • Tiada 4000 bahan kimia (nikotina semata-mata) 
  • Jimat duit (rokok mana ada turun harga) 
  • Berbau wangi (demm tipu, busuk gak)
  • TIDAK membahayakan perokok sekunder (yg keluar just wap air). 
  • Pernafasan segar (hisap rokok mulut busuk)
  • Tidur lena (cam xde kaitan je)



November 4, 2010

CAMNE NAK ADD PREMIUM AKAUN KAT IDM ?

contoh premium akaun.

simple tutorial utk post hari ini. software IDM (INTERNET DOWNLOAD MANAGER) (usha sini pasal idm) merupakan salah satu software wajib bagi pengguna internet. sebab apa wajib ada ? hurm, software ni dapat melajukan speed download sehingga 300% kali lebih laju berbanding biasa. so tutorial hari ni nk tunjukkan camne nak integrate premium akaun yang korang beli kedalam IDM. dalam erti kata lain camne nak register premium akaun yang telah dibeli ke dalam IDM. (usha sini, premium akaun 6 months for less than rm20)



step yang sangat mudah.
  1. buka IDM 
  2. Downloads
  3. Options
  4. Sites login
  5. New
  6. then korang refer pd gambar kat bwh ni
  7. KLIK UNTUK BESARKAN
  8. trick die camni, kat server/path just letak button asterisk (*) kat depan diikuti filehosting korang.com
  9. contoh: *rapidshare.com / *hotfile.com/ *megaupload.com/ *filemonster.com
  10. then masukkan data premium akaun korang
  11. tada, premium akaun anda sudah diintegrate ke dalam IDM.
  12. got problems ? do leave your comment ok. enjoy.





November 3, 2010

ADA APA DENGAN 30 36 77 ? LANGSI ?





Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.


Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.


Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.




TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.



Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).


Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?



Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.




TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.


Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.


Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.


Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.




Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:


1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?




TUJUH PULUH TUJUH (77) MENARIK PENYOKONG



Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:


7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.



7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.



Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:


1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?


Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.


Wallahualam.

sumber : ketik sini

November 2, 2010

Jom Tengok Budak Terjun Tingkat 36 !!!

video

serius sedih tgk video ni. orang yang rakam video ni mesti rasa bersalah gila, nak tolong tp jauh, nk jerit suara x kuat. last effort sharing the video sebagai pengajaran kepada semua.

Cara Menjadikan Windows 7 Virgin Semula


sape yg guna windows ori angkat tpk kaki. dah2, bwk2 turunkan tapak kaki anda yang cagu itu(kepala tingtong pg2 ni). aku blh agak, kalau aku buat kajian sape guna windows ori Vs. sape guna windows pirate, the results will be 1:10. kepada yang guna windows pirate tu, mesti pernah tgk 'This copy of Windows 7 is not genuine' kan. so pg ni aku nak kongsi cara mudah nak selesaikan masalah VIRGIN/GENUINE ni.

memang mudah gila cara ni, ABC pn lg susah tau. download software WINDOWS 7 LOADER.EXE (klik utk download). dah siap download, extract then run WINDOWS 7 LOADER.EXE yg ada dlm extracted folder tu. ada 2 options yang diberi, install and uninstall. first ketik kat UNINSTALL, the korang restart lappy. then korang run balik WINDOWS 7 LOADER.EXE td, ketik kat INSTALL plak. restart again and now your copy of Windows 7 is VIRGIN again.

all the best dude. got probs? do leave comment below.

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA ?

Lina Joy @ Azlina Jailani menang di mahkamah melawan kes pertukaran agama iaitu murtad. Tapi mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia… Sapa yg lebih berkuasa? Sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dalam Agama Allah dan dilindungi Allah dari terpesong aqidah… amin.

Lina Joy dua dari kanan

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar. IFC (klik sini utk info lanjut tentang IFC) buat roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama. Bersedialah wahai saudara saudari ku yang amat disayangi. Berdoalah semoga umat ISLAM selamat.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.


  • Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.



  • 02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.

  • maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.



  • 03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
    04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
    05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
    06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
    07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.

  • mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.



  • 08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
    09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
    10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
    11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
    12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

    Lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?. Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?. Depa kata kat Mufti Perak, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”. Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim katanya, “di atas sikap open minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

    ———————————————————————————————-

    Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
    “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya, dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar”. (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh Al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
    Wallahua`ala`alam.