Showing posts with label Mutakhir. Show all posts
Showing posts with label Mutakhir. Show all posts

December 20, 2010

Senat AS Lulus Gay Dalam Tentera!

komen: apa nak jadi dengan dunia sekarang! yang terang2 salah pun boleh jadi betul. yang betul pula nak di salahkan. inilah dunia akhir zaman.

 

Senat AS lulus gay dalam tentera

BEKAS komander tentera laut Amerika Syarikat (AS), Zoe Dunning (tengah) meraikan kemenangan kelmarin di San Francisco selepas Dewan Senat meluluskan untuk menggugurkan undang-undang menghalang gay daripada mendedahkan identiti semasa berkhidmat dalam tentera.



WASHINGTON - Dalam satu undian bersejarah untuk hak-hak gay, Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin bersetuju untuk menggugurkan undang-undang yang melarang golongan gay berkhidmat secara terbuka dalam tentera negara itu.

Seramai 65 senator di dewan tersebut bersetuju untuk menggugurkan undang-undang berusia 17 tahun itu berbanding 31 yang menentang.

"Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf bahawa pengorbanan, keberanian dan integriti tidak lagi ditakrifkan menerusi orientasi seks," kata Obama yang berikrar untuk menggugurkan undang-undang tersebut pada 2008.

Sebelum ini golongan gay terpaksa menyembunyikan identiti mereka dengan tidak boleh memberitahu rakan-rakan bahawa mereka adalah gay jika tidak mahu dipecat. - AFP

December 19, 2010

Penantian 14 Tahun Berakhir!

catatan : tahniah kepada skuad negara kerana berjaya mengekang kebangkitan Vietnam dalam perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0 dengan agregat 2-0. walaupun berjuang di tempat lawan, ternyata mental dan fizikal pasukan negara kental menerusi permainan yang dipamerkan. diharapkan malaysia dapat menjuarai Piala Suzuki AFF yang julung kali diadakan. sebelum ini Piala Suzuki AFF dikanali sebagai Piala Tiger. majulah sukan untuk negara! 



JURULATIH negara, K. Rajagobal dijulang oleh pemainnya selepas Malaysia mengesahkan tiket ke akhir dengan mengikat Vietnam 0-0 di Hanoi, semalam. Malaysia layak menerusi agregat 2-0.

November 25, 2010

Tetak bapa kekasih

AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.


Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu,

November 24, 2010

Lu Langsi, Lu Mati !!!

jenjalan tadi, then nampak trailer filem ni kat youtube. trailer untuk filem Kongsi. kongsi ni membawa maksud yang mendalam, sebab tu ade kongsi gelap. trailer boleh tahan, aku anggap genre cerita ni komedi serius. aku berani bet cite ni memang best. even br tgk trailer, aku berani bet cerita ni best. ramai orang cakap trailer cerita apa2 semua pn best, trailer itu pemikat penonton. sbb trailer die la aku cakap filem ni cnfirm best. korang tgk la sendiri trailer ni. siap gne kereta proton inspira lagi, then ada adegan cam dlm need for speed most wanted.  filem malaysia first guna proton inspira tu, haha...

LU LANGSI LU MATI !

jom terjah tgk trailer yg cambest ! 

November 12, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. 

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.


renungan buat kita bersama. setiap yang hidup akan mati. dan mati itu datang secara tiba-tiba. sentiasa bermuhasah dan persiapkan diri kerana masa kita akan kembali kepada-Nya tiada siapa yang tahu.

sumber: MStar online

November 2, 2010

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA ?

Lina Joy @ Azlina Jailani menang di mahkamah melawan kes pertukaran agama iaitu murtad. Tapi mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia… Sapa yg lebih berkuasa? Sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dalam Agama Allah dan dilindungi Allah dari terpesong aqidah… amin.

Lina Joy dua dari kanan

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar. IFC (klik sini utk info lanjut tentang IFC) buat roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama. Bersedialah wahai saudara saudari ku yang amat disayangi. Berdoalah semoga umat ISLAM selamat.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.


  • Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.



  • 02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.

  • maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.



  • 03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
    04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
    05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
    06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
    07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.

  • mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.



  • 08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
    09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
    10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
    11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
    12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

    Lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?. Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?. Depa kata kat Mufti Perak, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”. Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim katanya, “di atas sikap open minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

    ———————————————————————————————-

    Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
    “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya, dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar”. (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh Al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
    Wallahua`ala`alam.

    October 30, 2010

    ADA APA DENGAN 101010


    PERINGATAN DAN PENGAJARAN KEPADA SEMUA. MATI ITU PASTI DAN AKAN DATANG SECARA TIBA-TIBA. TERDAPAT GAMBAR YANG TERLALU NGERI. IBU MENGANDUNG, MEREKA YANG MEMPUNYAI SAKIT JANTUNG DAN SEBAGAINYA DIHARAP ANDA MENGAMBIL KIRA RISIKO YANG MUNGKIN TERJADI SETELAH MELIHAT GAMBAR-GAMBAR BERIKUT. IKTIBAR UNTUK SEMUA.

    Bas terbalik di Genting Sempah, 7 maut


    KUALA LUMPUR, 30 Okt (dikemaskini) – Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi. [LIHAT VIDEO]

    Kemalangan membabitkan bas yang membawa 46 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.

    Berdasarkan siasatan awal polis, masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu.
    Timbalan Ketua Polis Gombak, Supt Rosly Hassan, memaklumkan daripada 46 mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dua pemandu; tujuh mangsa maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan.
    Mereka yang terbunuh berusia antara 13 tahun hingga 28 tahun, enam daripada mereka mati di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu guru agama dan juga ketua rombongan tersebut Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, mati dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

    Azizan berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

    Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang antaranya tersepit di bawah bas.

    Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Mereka yang dilaporkan kritikal dan dibawa ke Hospital Selayang ialah Mohamad Fais Nasharuddin, 18 dan Ahmad Iswas Abd Halim, 15, manakala yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang ialah Mohd Shamsuri, 15; Mohd Ajril Azizi Azhari, 15; Mohd Akram, 19, dan Mohammad Hafifi Yahya, 19.

    Mereka yang mendapatkan rawatan cedera ringan di hospital itu ialah Mohd Safuan Md Mokhtar, 20; Hafizudin Onan, 16; Muhamad Syakur Sulaiman, 19; Mohamad Nazren, 16 dan Faiz Syazwan Azlan, 18.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, turut melawat mangsa di Hospital Selayang.
    Beliau meminta agar laporan polis dapat disiapkan segera untuk memastikan punca kemalangan sebenar sama ada ia masalah mekanikan atau kecuaian pemandu.

    Sambil mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban, Ahmad Shabery berkata pegawai kementeriannya akan membantu keluarga mangsa menguruskan jenazah.

    Di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula, lapan mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di mana tiga mangsa mengalami cedera ringan manakala lima lagi parah.

    Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.

    Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang “tidak makan”.

    Mohd Zairul berkata, lawatan sambil belajar itu disertai seramai 43 golongan muda antara 14 hingga 25 tahun dari beberapa kampung dari Daerah Baling yang diketuai oleh Mohd Zaidi.

    Rombongan itu bertolak dari Kedah pada 11 malam tadi dan tiba di Genting Highlands pada 8 pagi tadi.

    Rombongan itu bertolak kira-kira 7 malam tadi dari Genting Highlands untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay.

    Mereka sepatutnya bertolak pulang pada 5 petang esok.

    Mohd Zairul berkata, dia juga tidak mengetahui keadaan abangnya yang turut menyertai rombongan itu.

    Seorang lagi mangsa, Ahmad Amirul Shukri, 13, yang juga cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan tersedar ketika bas terbalik.

    Katanya, dia berjaya keluar melalui tingkap bas yang pecah.
    Di Hospital Bentong, Pahang, seramai 15 mangsa yang semuanya mengalami cedera ringan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

    Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Zahid Azmi, 15, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur dan terjaga apabila mendengar suara rakan-rakannya melaungkan “Allahuakbar” dan lari ke belakang bas.

    “Bila saya sedar, semua yang berada di depan bas lari ke belakang sebab bas hilang kawalan,” katanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highlands.

    Mohd Saiful Mohamad Nor, 16, pula menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik.

    Beliau yang cedera di belakang badan dan luka di tangan mengakui serik untuk mengikuti rombongan seumpama itu.

    Turut melawat mangsa yang tercedera di Hospital Bentong ialah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, iaitu Tan You Seng yang berkata pengangkutan akan disediakan untuk memindahkan semua mangsa yang cedera di Hospital Bentong ke Hospital Selayang awal pagi esok. — BERNAMA

    October 29, 2010

    ADA APA DENGAN ISLAMIC FASHION FESTIVAL ?

     
    mungkin agak lewat untuk mengulas mengenai function tersebut. bak kata pepatah jawa, better late than never.


    sedikit info mengenai function tersebut.

    THE ORGANIZERS

    THE STYLE COUNCIL

    SPONSORS


    sedikit gambaran apa yang dikatakan sebagai 
    ' ISLAMIC FASHION FESTIVAL'


















    ISLAMIK FASHION FESTIVAL ?  

    ISLAMIK

    INIKAH YANG DIKATAKAN ISLAMIK

    inikah yang dikatakan 'conventional fashion exhibition to boldly present Islamic culture and attire on an international platform' ?.  islamic attire ? islamic culture ?

    The ISLAMIC FESTIVAL is a tangible showcase that reinforces the powerful message that Islam is a progressive religion and a viable way of life ? this is the contenporary one? the late is not suitable for us?

    satu peribahasa cina ada menyebut bahawa 'jika buruk kepala ikan itu, maka buruk juga badannya'. Rosmah Mansor selaku 'founding patron' dan selaku isteri PM telah membenarkan function ini berlangsung. islam yang bagaimana ingin anda bawa? islam yang bagaimana ingin nada tunjukkan? islam yang bagaimana ingin anda banggakan? inikah yang dinamakan islam kontemporari? 
    somehow i know this is very wrong. if this is the way of islam that u believe and u follow, that's it. so called jahil, like ibu ketam mengajar anak ketam berjalan.