January 18, 2011

Kertas Jawapan Kosong ?

Kisah ini terjadi di sebuah sekolah di Hulu Terengganu(bukan tempat sebenar). Cikgu Hasnah(bukan nama sebenar) telah ditugaskan untuk menjaga peperiksaan Bahasa Inggeris bagi tingkatan satu F. setelah Cikgu Hasnah tersebut masuk ke dalam kelas, beliau pun mengedarkan kertas soalan Bahasa Inggeris kepada para pelajar. Cikgu Hasnah membenarkan murid-murid mula menjawab setelah melihat jam di dalam kelas tersebut menunjukkan jam 8.30 pagi. Setelah 15 minit, 2 orang pelajar didapati masih tidak menulis apa-apa di kertas peperiksaan mereka. Mereka bukan sahaja tidak menulis apa-apa pada kertas jawapan mereka, malahan mereka sedang menggeletar seperti sedang dikejar hantu. Cikgu Hasnah mendekati pelajar tersebut bagi merungkai persoalan yang bermain di mindanya. Ini merupakan dialog antara Cikgu Hasnah dan Pelajar A dan B.

Cikgu Hasnah: kenapa kamu masih tidak menulis apa-apa lagi? 
Pelajar A dan B mendiamkan diri sambil menundukkan muka

Cikgu Hasnah: kamu pandai menulis tak?
Pelajar A dan B masih menundukkan kepala dan mendiamkan diri
Pelajar C: cikgu, dalam kelas ni dorang la yang paling pandai menulis.

Cikgu Hasnah: kamu kena tulis juga jawapan, betul atau salah itu soal kedua. 
Pelajar A dan B: itu memang betul cikgu

Cikgu Hasnah: habis tu kenapa awak berdua tak mula menjawab lagi ni ?
Pelajar A dan B: cikgu, bukan saya tak nak jawab kertas Bahasa Inggeris ni
 

Cikgu Hasnah: hurm, kalau macam tu kenapa kertas awak masih lagi kosong ?
Pelajar A dan B: cikgu, saya tak tahu menulis nama saya dalam Bahasa Inggeris. sebab tu saya tak mula menjawab lagi.

Cikgu Hasnah: ???????

p/s: korang rasa ni lawak ke? try komen sket. =P

12 comments:

  1. tapape tah. ade ke name dalam bahase inggeris.. hee

    *pernah menggeletar waktu jawab paper fizik spm.. -_- sedih * (dlm b.i gak). lebih kurang kot. haha

    ReplyDelete
  2. exactly ada nama arab yg org putih translate ke dalam bahasa mereka. hurm, kalau jawab fizik dalam BM pun menggeletar gak, huhu

    ReplyDelete
  3. Tugas seorang guru...memberi tunjuk ajar dan membimbing pelajar² agar tak sengal seperti ini.... so lawak sengal pun terselit juga d situ... har har har!!

    ReplyDelete
  4. betul tu. inilah tugas seorang guru. btw, kes seperti ini masih berlaku dan ianya realiti

    ReplyDelete
  5. rupanya mksd dia translate ke BI ya? hohoho baru i paham..
    lmbtnya gue paham..;p

    ReplyDelete
  6. yup, translate to BI. dorang ingat nama pun kena tulis dalam BI. ni contoh nama-nama nabi yang ditranslate ke bahasa inggeris

    Adam = Adam
    Idris = Enoch
    Nuh = Noah
    Hud = Eber
    Saleh = Shelah
    Ibrahim = Abraham
    Lut = Lot
    Ismail = Ishmael
    Ishak = Isaac
    Yaakub = Jacob
    Yusuf = Joseph
    Aiyub = Job
    Syuaib = Jethro
    Musa = Moses
    Harun = Aaron
    Daud = David
    Sulaiman = Solomon
    Ilyas = Elijah
    Ilyasa' = Elisha
    Yunus = Jonas
    Zulkifli = Ezekiel
    Zakaria = Zechariah
    Yahya = John the Baptist
    Isa = Jesus
    Muhammad

    ReplyDelete
  7. HAHA.. TUL JUGAK TU... JENUH ANK MENGOMPUTIHKAN NAMA KITA..

    ReplyDelete
  8. @ A'IM

    exactly x perlu omputihkan nama kita. cikgu cekgi budak tu yg x bgtau pasal benda tu, so budak2 tu blur.

    ReplyDelete
  9. @ RedVixen

    kenapa muhammad paling best ?

    ReplyDelete
  10. nasib baik paper english je,if paper france or german ke,aku rase bukan setakat menggeletar je budak tue,koma dah kot....hehehe

    ReplyDelete
  11. @ Journey of Youth

    kalau france or german, boleh jammed budak2 tu. =)

    exactly cerita ni based on true story dari seorang guru tingkatan satu. so pelajar yg salah or guru yang salah ?

    ReplyDelete