May 23, 2011

Cara Integrate IDM Ke Dalam Mozilla Firefox 4


Korang mesti dah tahu Mozilla Firefox telah maju setapak ke hadapan dengan kehadiran pelayar version terbaru dorang iaitu Firefox 4. Versi baru ni memang superb, lebih tangkas, lebih pantas dan lebih stylish berbanding versi sebelumnnya. Malangnya fungsi Internet Download Manager(IDM) seperti belum disupport oleh pelayar ni. Hidup seorang blogger tanpa IDM diibaratkan seperti mandi tak kenyang dan tidur tak basah. 

So, solusi untuk masalah ni senang je. 
  1. Korang buka link ni. 
  2. Scroll ke bawah page, pastu klik button Install.
  3. Restrart firefox. 

Hopefully IDM korang akan integarate dengan Firefox 4 seperti yang dimahukan.

p/s:Untuk download Mozilla Forefox 4, klik di sini.
p/s/s:Untuk download Internet Download Manager 6.0 beta, klik di sini.
p/s/s:Kalau IDM korang dah keluar "Fake Serial Number", klik sini untuk solusi yang mudah.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Try komen sikit, jadi tak?

May 22, 2011

Periksa Kelajuan Blog dengan Google Page Speed

Page speed loading memang sangat penting dalam berblogging. Kalau korang blogwalking dan jumpa satu blog yang ambil masa yang lama untuk loading, korang buat apa? So, untuk mengelakkan pemilik blog syok sendiri dengan kelajuan blog sendiri Google telah mengambil satu pendekatan untuk menyediakan satu penanda aras untuk melihat kelajuan loading satu-satu blog/ website. Ia bukan hanya menunjukkan kelajuan blog, malahan menyediakan saranan untuk menjadikan blog lebih laju.
So, lets check it out.
  1. Buka Google Pagespeed
  2. Masukkan URL blog/website anda untuk menyemak kelajuan loading blog/website korang.
  3. Klik pada “Analyze Performance” dan details website/blog korang akan keluar.
  4. Google akan memberikan saranan untuk meningkatkan kelajuan blog/website korang.

Markah penuh adalah 100. Korang dapat berapa? Jom share sikit!

May 1, 2011

Keputusan Kontest Dua Dalam Satu




Seperti yang para blogger sedia maklum mahupun sedia tidak maklum, blog ini (a GEEKZ life) dan blog Syurga Itu Indah telah menjalankan satu give away pertama dan juga yang julung-julung kali diadakan. Give away yang dijalankan amat mudah sebenarnya, cuma komen dan menang. Di atas komen-komen yang diberikan, rata-rata blogger tidak memahami bagaimana give away ini berlangsung. Mungkin cara penulisan mengenai syarat-syarat give away dan bagaimana ia berlangsung terlalu panjang dan sedikit mengelirukan para blogger di luar sana. Oleh yang demikian, sambutan yang diberikan terhadap give away ini adalah kurang memberangsangkan dan pihak kami (a GEEKZ life + Syurga Itu Indah) telah bermusyawarah dan mengambil keputusan untuk membatalkan give away ini. Maaf diucapkan bagi pihak kami terhadap blogger-blogger yang telah menyertai give away ini. Sehubungan dengan itu pihak kami telah bercadang untuk memberikan sedikit sagu hati kepada beberapa blogger yang telah menyertai give away ini dan menjadi pengomen terbanyak di blog kami. Blogger-blogger yang bertuah tersebut akan dihubungi oleh pihak kami dalam jangka masa terdekat. Terima kasih kepada setiap blogger yang sudi untuk menyertai give away ini. Sekali lagi maaf kami ucapkan kerana terpaksa membatalkan give away ini. Di dalam Give away yang akan datang, kami akan mempermudahkan penulisan syarat -syarat cara pelaksanaan give away tersebut. Arigato gozaimasu!


Kontest Dua Dalam Satu !!!


INI ADALAH STICKY POST SEHINGGA 1/5/2011. SILA SCROOL KE BAWAH UNTUK MELIHAT ENTRY TERBARU.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengumuman2!! Ini adalah sticky post!! Blog Syurga Itu Indah dengan kerjasama Blog A Geekz Life telah bersetuju membuat satu kontest yang dikenali sebagai “Dua Dalam Satu”. Kenapa Dua Dalam Satu??? Kerana ini adalah kontest yang dianjurkan oleh dua blog. Dan dalam pada masa yang sama terdapat dua jenis hadiah dalam satu kontest. Dan kontest ini akan berlangsung selama dua bulan!!

Berminat??Jom ushar syarat2 pertandingan:
1. Warganegara Malaysia – 1 Malaysia.
2. WAJIB follow Blog Syurga Itu Indah & Blog A Geekz Life - untuk membolehkan anda mengetahui update terkini daripada kami.
3. Buat satu entry anda join contest ni dengan tajuk “Kontest Dua Dalam Satu” - letakkan link entry tersebut di bahagian komen
“Kontest Dua Dalam Satu” di blog Syurga Itu Indah.
4. Macam Biasa, copy banner (gambar), letak diatas entry dan letakkan juga link ke blog kami.
5. Tag sekurang-kurangnya dua orang blogger yang aktif - pastikan mereka tahu mereka telah di tag.


Yeah, dah ikut semua syarat-syarat pertandingan?? Nak tau macam mana nak menang kontest ni?? Cara-caranya:
 
Pastikan anda menjadi top commentator di blog kami. Bermakna komen anda di blog Syurga Itu Indah dan blog A Geekz Life akan dijumlahkan. Widget top commentators akan digunakan dikedua-dua blog. Blogger yang meninggalkan paling banyak komen di blog kami secara automatik mendapat tempat pertama. Senang kan?? Namun, anda digalakkan meninggalkan komen membina secara berhemah dan berkaitan dengan entry. Blogger yang menggunakan kata-kata kesat dan meninggalkan komen yang tidak berkait dengan entry, atau dalam kata lain, tidak membaca entry sebelum meninggalkan komen akan di disqualified. Pemenang akan mendapat hadiah berupa topup sebanyak RM30!! Tiada tempat kedua dan ketiga. TETAPI, 25 blogger teratas selepas dijumlahkan akan tersenarai dalam bloglist kami bagi tahun 2011. Kiranya contest ni menawarkan dua jenis hadiah iaitu hadiah topup dan secara tidak langsung ini merupakan peluang bagi anda untuk join bloglist kami!! Namun, kami berhak mengubah atau menambah syarat-syarat (jika perlu), serta mengubah hadiah (mana la tau kami terasa nak bagi Toyota Vios ke, Sony VAIO ke, Iphone 4 ke, Blackberrry Torch, dll). Pemenang akan diisytiharkan secara rasmi di blog kami selepas dua bulan berlalu, iaitu pada tanggal 01hb Mei 2011. Okeh!!


Hadiah:
1. Tempat pertama ( Topup Rm30 + software Adobe Photoshop CS5 full version + software Adobe Photoshop Lightroom 3 full version + 1000 new Fonts )
2. Tempat ke-2 dan ke-3 ( software Adobe Photoshop CS5 full version + software Adobe Photoshop Lightroom 3 full version + 1000 new Fonts )
3.  Tempat ke-3 ( software Adobe Photoshop CS5 full version + software Adobe Photoshop Lightroom 3 full version + 1000 new Fonts )
4. Tempat pertama hingga ke 25 ( disenaraikan di dalam bloglist blog a GEEKZ life dan Syurga Itu Indah )


Cuma KOMEN DAN MENANG. 
Mai pakat join ramai-ramai. =)


Masih blur? 
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen korang.

April 22, 2011

Cara Jadikan Header Blog Center

Hurm, kalau korang upload header guna Page Elements, Blogger akan secara automatik align header korang ke kiri. Tak ada option untuk meletakkan header di tengah atau di kanan. So, camne nak buat header korang center macam header kat blog ni? 

Dengan menggunakan CSS (Cascading style sheet), korang boleh ubah alignment header korang. Tapi CSS ni bukan macam game CS(Counter Strike). Kalau CS cuma aim dan tembak, tapi CSS korang nak kena tau apa yang korang nak aim. Apa dorang punya ID, class name, etc. Aku pun tak berapa pandai, so jom check it out tutorial kat bawah ni. Actually tutorial bukan hanya menunjukkan cara untuk align header anda center, tetapi juga melibatkan cara bagaimana untuk align right dan align vertically.

First of all, korang kena tau "image placement method" yang korang pilih masa upload header di Blogger. "Image placement method" yang berlainan memerlukan kod yang berlainan.


Image placement method

Cara Hide Partition Tanpa Guna Software

boleh hide partition tanpa guna software? selamat ke? data tak hilang ke? boleh search barang dalam partiton tersebut lagi tak?

relax, chill and dool down. jawapannya memang boleh, selamat, data korang tak akan diformat dan kekal seperti biasa, dan barang dalam partition yang korang hide memang tak boleh search sementara partition tersebut kekal hidden. 

Nak try? Jom ikut langkah mudah kat bawah
 
1.Klik  Start >>> Run.

2. Taip DISKPART, lepas tu tekan Enter.

3. Satu window baru seperti gambar di bawah akan terbuka.



March 31, 2011

Cara Save Bookmarks di Mozilla Firefox

Aku memang rajin format desktop ni. Serius, kalau boring memang aku format desktop ni. Yang jadi masalahnya, semua bookmarks akan hilang setelah di format.BTW, bookmark ni sama macam penanda buku, cuma kali ni kita tanda dekat page/ web/ blog yang kita nak.

Jadi, macam mana nak buat?
Korang follow langkah mudah kat bawah ni.

1. Klik “bookmarks”, pastu “organize bookmarks”


2. Klik “import and backup”


3. Pilih “backup” untuk save bookmarks korang
p/s: korang boleh pilih tajuk dan lokasi di mana untuk save file tersebut
p/s/s: file tersebut akan berformat “.json”


4. Pilih “restore” untuk store semula bookmarks korang kat Mozilla
p/s: korang boleh select lokasi dan bookmarks yang mana satu korang nak store semula


Macam mana? 
Korang faham tak? 
Try komen sikit, =)

Fake Serial Number di Internet Download Manager?

Malas + bosan, maka dengan selamba aku mengupdate Internet Download Manager(IDM) 6.0 beta aku kepada versi 6.5 menggunakan automatic download. Hasilnya memang aku dah expect, dan seperti yang aku expect notification kat bawah ni sememangnya keluar.

p/s: klik semua gambar untuk tumbesaran automatik yang menarik

 
 

So, macam mana nak buat? 
Rileks dan bertenang. 
Korang follow langkah kat bawah ni.

1. Uninstall internet download manager korang.

 
  
2. Download Internet Download Manager 6.0 beta kat sini

p/s: untuk download, korang tekan “alt + klik” dekat link download tu


3. Extract file .rar yang korang download tu

4. Buka folder yang korang dah extract tadi



5. Double klik “idman60b.exe” dan install



6. Buka folder crack

 

7. Copy crack tersebut ke dalam program file "Internet Download Manager" korang. Copy and replace.

p/s: default directory ( c/program files/ internet download manager)


8. Double klik “remove registration.reg” untuk buang registration korang yang lama


9. Double klik “registration.reg” untuk apply registration yang baru


10. Try klik kat Internet Download Manager korang, dan ok x? 
p/s: kalau x ok, try restart.


camne? 
ok x? 
try komen sikit, =)

March 24, 2011

Cara Buat Password Guna Winrar

Jom buat password guna winrar.
Biar betul? Boleh ke? Selamat ke?

Jawapan aku mudah. Boleh dan ianya sangat mudah. Selamat? Bergantung kepada aksara yang korang gunakan.Lebih banyak aksara dan gabungan nombor, huruf, simbol, etc. akan menambah kekuatan password tersebut.
 
Malas nak melalut panjang, kat bawah disediakan langkah-langkah yang diperlukan.

Langkah-langkah:

1.  Pilih folder yang korang nak letak password

2. Klik kanan, pilih option “add to archive”

3. Pilih “advance”, pastu “set password”
4. Masukkan password yang korang nak.
   p/s: tick ”show password” untuk tengok password

5. Yang terpenting, tick “encrypt file names” untuk password tersebut berfungsi.



6. Klik "ok" setelah selesai


Hasil.


double klik archive tersebut, dan lihat hasilnya.



Jom komen sikit. Amacam? Keluar password x lepas korang double klik?

February 26, 2011

Gambar XXX Korang Kat Internet ? [SOLUSI]

sori, lately sangat bz. mengalahkan businessman. korang tau x kerja aku apa yang bz sangat tu? kira bulu kucing, damn memang banyak gila. akhirnya aku mengalah dan kembali ke pangkal jalan dan manaip entry yang penting ni.

korang dah check ke gambar korang kat internet? ade yang sangkot x? hahaha...

rileks, kali ni seperti yang aku dah janjikan aku akan berkongsi solusi untuk menyelesaikan masalah korang. memang sangat bersesuaian dengan tagline aku, "solusi sentiasa ada".

langkah pertama, korang kena ada internet sebab korang perlu download virus yang akan memakan memory yang ada pada hard disk korang. korang sanggup ke download virus ni, silap-silap virus ni ngap korang sekali. hehe, kesat la peluh kat dahi tu. aku melawak je. korang kena ada internet sebab korang akan perlu download beberapa software yang akan melenyapkan memori silap  silam hard disk korang.

February 21, 2011

Gambar XXX Korang Kat Internet ?

Korang bercadang nak beli laptop baru? Handphone baru? Ok fine, itu sememangnya hak korang untuk membeli gadget-gadjet yang terbaru di pasaran. Yela, orang cakap laptop lama dah boleh simpan dalam arkib negara. Dah ketinggalan zaman. "Handphone pun dah outdated, nak angkat Blackberry Torch plak lepas ni" tercetus di dalam sanubari korang. 

Sambungan daripada cerita kat atas. Korang dah ushar laptop dan handphone yang berkenan di hati dan duit pun mencukupi. Apa tunggu lagi, so korang terus sambar handphone dan laptop yang korang berkenan.

Finally, sekarang ni korang dah ada laptop dan handphone baru. So apa korang buat dengan laptop dan handphone yang lama? 

Simpan? Buang? Trade in? Dermakan? Jual?

Let say korang nak jual laptop dan handphone tu. Sebelum korang jual, apa biasanya korang akan buat kat laptop dan handphone tu? Mesti korang copy dan backup semua data yang ada kat dalam tu, pastu korang format. Finally korang jual kat kedai. 

Korang rasa cukup ke dengan format?

Korang x risau data korang di recover balik ke?

Gambar, video, business files, private and confidential files korang selamat ke?

February 19, 2011

Korang Gamers Tahap Apa ?

Hampir semua benda boleh dinilai. 

Kalau korang minat Manchester United, mesti korang ada koleksi jersi dorang kan.

Kalau korang minat Linkin Park, mesti korang ada simpan discography(full album) Linkin Park kan.

Kalau korang minat main game, camne nak ukur tahap minat main game korang tu?


Jom check korang gamers tahap apa?
Aku memang gamers semula jadi sejak dari kecik.
Hidup aku dipenuhi dengan game.
Sanggup x tido malam sebab nak habiskan mission dalam game.
Sanggup kumpul duit beli desktop semata-mata nak main game.
Ni merupakan keyboard aku yang dah berusia lanjut.
Banyak jasa keyboard ni kat aku.
Merupakan keyboard pertama.
Sekarang sudah mempunyai pengganti, tetapi masih belum berganti.

p/s: Klik gambar untuk tumbesaran.













February 7, 2011

Linkin Park - A Thousand Suns

Artist: Linkin Park
Album: A Thousand Suns
Genre: Alternative Rock
Year: 2010
Country: USA
Quality: 320 kbps / 44,1Hz / Stereo
Size: 109 MB




January 29, 2011

Johnny Depp dan Brad Pitt Bergaduh Besar ?

Rumours terbaru dan terhangat. 
Johnny Depp dan Brad Pitt bergaduh besar. 
Korang nak tau sebab apa ? 
Jom baca sampai habis.







January 26, 2011

Cara Alih Bahasa Dokumen 50 Helai Dengan Satu Klik

hidup memang sibuk. baru sahaja siap mini thesis presentation. esok kena present, dan aku orang pertama yang akan present. cuak, takut, gementar, darah gemuruh, semua ada. tapi hidup kena slumber, kalau menggelabah tak tentu pasal kerja yang mudah pun akan jadi susah. so sepanjang aku mencari bahan-bahan untuk thesis, aku terjumpa banyak jurnal berformat pdf dan perlu di alih bahasa kepada bahasa melayu. hurm, english ni aku tak ada la pandai sangat. so lagi mudah untuk aku alih bahasa jurnal english yang aku jumpa ke dalam bahasa melayu. uncle google yang selalu bersimpati dengan aku telah menyarankan satu cara yang sangat mudah untuk mengalih bahasa jurnal english 50 pages kepada bahasa melayu dengan satu trick yang terhebat. first aku convert dari format pdf kepada microsoft word(.doc/ docx) menggunakan software ni. langkah seterusnya korang ushar tutorial bergambar kat bawah.

January 24, 2011

ABBYY Fine Reader 10 [Portable ]

software ni memang terbaik. untuk para penciplak, tukang "kopi milo" assignment, dan lain-lain, korang wajib ada software ni. banyak function yang ditawarkan, tapi yang paling menambat hati adalah function "convert pdf/ image to microsoft word". style tu, snap assignment guna HP, pastu convert guna software ni. function-function lain korang tengok gambar kat bawah. memang x rugi ada, di saat terdesak dan memerlukan, solusi sentiasa ada. 



Download link :
HOTFILE LINK


p/s: ini merupakan versi portable. tak perlu install. =P

p/s/s: gunakanlah software ini ke arah kebaikan. jauhi kemungkaran. =)

January 21, 2011

Cara Activate Microsoft Office 2010.

sangat rimas bila buka microsoft office dan keluar pop-up mengatakan "this copy of microsoft office is not activated". bertambah rimas bila tengok header microst office warna merah, nak buat kerja pun jadi malas. so aku pun tanya uncle google, macam mana nak atasi masalah ni. maklum la, nak beli orginal version tak mampu lagi. belajar pun tak habis lagi. uncle google yang bersimpati dengan cerita aku telah menyarankan satu software untuk activate microsoft office aku ni. domo arigato uncle google. jom tengok software apa yang uncle google bagi kat aku.

Office 2010 Toolkit and EZ-Activator 2.0.1

seriously bersesuaian dengan namanya, EZ-Activator. cuma satu klik dan microsoft office anda akan menjadi active seperti original.


Preview: gambar sebelum dan selepas.

 

January 20, 2011

[Tutorial] Download Menggunakan Jdownloader

Tutorial yang bagus untuk pendownload tegar dan bakal pendownload tegar. bayangkan korang boleh download 50 @ lebih link secara automatik, mudah dan yang pastinya tidak memerlukan korang sentiasa berada di hadapan komputer. let's check it out.

Dapatkan software jdownloader di sini.

Cara mendownload.

1. cari benda apa korang nak download.


January 18, 2011

Kertas Jawapan Kosong ?

Kisah ini terjadi di sebuah sekolah di Hulu Terengganu(bukan tempat sebenar). Cikgu Hasnah(bukan nama sebenar) telah ditugaskan untuk menjaga peperiksaan Bahasa Inggeris bagi tingkatan satu F. setelah Cikgu Hasnah tersebut masuk ke dalam kelas, beliau pun mengedarkan kertas soalan Bahasa Inggeris kepada para pelajar. Cikgu Hasnah membenarkan murid-murid mula menjawab setelah melihat jam di dalam kelas tersebut menunjukkan jam 8.30 pagi. Setelah 15 minit, 2 orang pelajar didapati masih tidak menulis apa-apa di kertas peperiksaan mereka. Mereka bukan sahaja tidak menulis apa-apa pada kertas jawapan mereka, malahan mereka sedang menggeletar seperti sedang dikejar hantu. Cikgu Hasnah mendekati pelajar tersebut bagi merungkai persoalan yang bermain di mindanya. Ini merupakan dialog antara Cikgu Hasnah dan Pelajar A dan B.

Cikgu Hasnah: kenapa kamu masih tidak menulis apa-apa lagi? 
Pelajar A dan B mendiamkan diri sambil menundukkan muka

Cikgu Hasnah: kamu pandai menulis tak?
Pelajar A dan B masih menundukkan kepala dan mendiamkan diri
Pelajar C: cikgu, dalam kelas ni dorang la yang paling pandai menulis.

Cikgu Hasnah: kamu kena tulis juga jawapan, betul atau salah itu soal kedua. 
Pelajar A dan B: itu memang betul cikgu

Cikgu Hasnah: habis tu kenapa awak berdua tak mula menjawab lagi ni ?
Pelajar A dan B: cikgu, bukan saya tak nak jawab kertas Bahasa Inggeris ni
 

Cikgu Hasnah: hurm, kalau macam tu kenapa kertas awak masih lagi kosong ?
Pelajar A dan B: cikgu, saya tak tahu menulis nama saya dalam Bahasa Inggeris. sebab tu saya tak mula menjawab lagi.

Cikgu Hasnah: ???????

p/s: korang rasa ni lawak ke? try komen sket. =P

January 16, 2011

[Tutorial] Jadikan Widget Berada di Tengah

secara default, gadget2 di blog akan berat ke kiri (align left). terdapat satu cara yang cukup mudah untuk menjadikan widget anda berada di tengah (center). apabila widget2 di blog anda berada di tengah (center), secara langsung dan tidak langsung blog anda akan menjadi lebih macho, hensem, terhangat di pasaran dan lebih mengghairahkan. caranya cukup mudah, dengan hanya dua langkah anda mampu melakukannya. cuma letakkan code "center" seperti contoh di bawah di awal dan hujung code widget anda.

<center>
code anda di sini
</center>

contoh:

 <center><a href="http://s03.flagcounter.com/more/nV8m"><img src="http://s03.flagcounter.com/count/nV8m/bg=000000/txt=FF0B03/border=FF0303/columns=2/maxflags=20/viewers=Blogwalker/labels=1/pageviews=1/" alt="free counters" border="0" /></a></center>

Terima kasih kerana sudi membaca.