May 23, 2011

Cara Integrate IDM Ke Dalam Mozilla Firefox 4


Korang mesti dah tahu Mozilla Firefox telah maju setapak ke hadapan dengan kehadiran pelayar version terbaru dorang iaitu Firefox 4. Versi baru ni memang superb, lebih tangkas, lebih pantas dan lebih stylish berbanding versi sebelumnnya. Malangnya fungsi Internet Download Manager(IDM) seperti belum disupport oleh pelayar ni. Hidup seorang blogger tanpa IDM diibaratkan seperti mandi tak kenyang dan tidur tak basah. 

So, solusi untuk masalah ni senang je. 
  1. Korang buka link ni
  2. Scroll ke bawah page, pastu klik button Install.
  3. Restrart firefox. 

Hopefully IDM korang akan integarate dengan Firefox 4 seperti yang dimahukan.

p/s:Untuk download Mozilla Forefox 4, klik di sini.
p/s/s:Untuk download Internet Download Manager 6.0 beta, klik di sini.
p/s/s:Kalau IDM korang dah keluar "Fake Serial Number", klik sini untuk solusi yang mudah.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Try komen sikit, jadi tak?

May 22, 2011

Periksa Kelajuan Blog dengan Google Page Speed

Page speed loading memang sangat penting dalam berblogging. Kalau korang blogwalking dan jumpa satu blog yang ambil masa yang lama untuk loading, korang buat apa? So, untuk mengelakkan pemilik blog syok sendiri dengan kelajuan blog sendiri Google telah mengambil satu pendekatan untuk menyediakan satu penanda aras untuk melihat kelajuan loading satu-satu blog/ website. Ia bukan hanya menunjukkan kelajuan blog, malahan menyediakan saranan untuk menjadikan blog lebih laju.
So, lets check it out.
  1. Buka Google Pagespeed
  2. Masukkan URL blog/website anda untuk menyemak kelajuan loading blog/website korang.
  3. Klik pada “Analyze Performance” dan details website/blog korang akan keluar.
  4. Google akan memberikan saranan untuk meningkatkan kelajuan blog/website korang.

Markah penuh adalah 100. Korang dapat berapa? Jom share sikit!

May 1, 2011

Keputusan Kontest Dua Dalam Satu




Seperti yang para blogger sedia maklum mahupun sedia tidak maklum, blog ini (a GEEKZ life) dan blog Syurga Itu Indah telah menjalankan satu give away pertama dan juga yang julung-julung kali diadakan. Give away yang dijalankan amat mudah sebenarnya, cuma komen dan menang. Di atas komen-komen yang diberikan, rata-rata blogger tidak memahami bagaimana give away ini berlangsung. Mungkin cara penulisan mengenai syarat-syarat give away dan bagaimana ia berlangsung terlalu panjang dan sedikit mengelirukan para blogger di luar sana. Oleh yang demikian, sambutan yang diberikan terhadap give away ini adalah kurang memberangsangkan dan pihak kami (a GEEKZ life + Syurga Itu Indah) telah bermusyawarah dan mengambil keputusan untuk membatalkan give away ini. Maaf diucapkan bagi pihak kami terhadap blogger-blogger yang telah menyertai give away ini. Sehubungan dengan itu pihak kami telah bercadang untuk memberikan sedikit sagu hati kepada beberapa blogger yang telah menyertai give away ini dan menjadi pengomen terbanyak di blog kami. Blogger-blogger yang bertuah tersebut akan dihubungi oleh pihak kami dalam jangka masa terdekat. Terima kasih kepada setiap blogger yang sudi untuk menyertai give away ini. Sekali lagi maaf kami ucapkan kerana terpaksa membatalkan give away ini. Di dalam Give away yang akan datang, kami akan mempermudahkan penulisan syarat -syarat cara pelaksanaan give away tersebut. Arigato gozaimasu!