May 1, 2011

Keputusan Kontest Dua Dalam Satu




Seperti yang para blogger sedia maklum mahupun sedia tidak maklum, blog ini (a GEEKZ life) dan blog Syurga Itu Indah telah menjalankan satu give away pertama dan juga yang julung-julung kali diadakan. Give away yang dijalankan amat mudah sebenarnya, cuma komen dan menang. Di atas komen-komen yang diberikan, rata-rata blogger tidak memahami bagaimana give away ini berlangsung. Mungkin cara penulisan mengenai syarat-syarat give away dan bagaimana ia berlangsung terlalu panjang dan sedikit mengelirukan para blogger di luar sana. Oleh yang demikian, sambutan yang diberikan terhadap give away ini adalah kurang memberangsangkan dan pihak kami (a GEEKZ life + Syurga Itu Indah) telah bermusyawarah dan mengambil keputusan untuk membatalkan give away ini. Maaf diucapkan bagi pihak kami terhadap blogger-blogger yang telah menyertai give away ini. Sehubungan dengan itu pihak kami telah bercadang untuk memberikan sedikit sagu hati kepada beberapa blogger yang telah menyertai give away ini dan menjadi pengomen terbanyak di blog kami. Blogger-blogger yang bertuah tersebut akan dihubungi oleh pihak kami dalam jangka masa terdekat. Terima kasih kepada setiap blogger yang sudi untuk menyertai give away ini. Sekali lagi maaf kami ucapkan kerana terpaksa membatalkan give away ini. Di dalam Give away yang akan datang, kami akan mempermudahkan penulisan syarat -syarat cara pelaksanaan give away tersebut. Arigato gozaimasu!


1 comment: